Ahad, 22 Disember 2013

RESEPI HIDANGAN TEPUNG MAGIK


Tepung Magik masakan menjadi sangat mudah dan hidangan dapat disediakan dengan cepat. Pelbagai resepi dan menu masakan boleh disediakan seperti ayam, udang, ikan, sotong, cendawan, kentang, bayam, dan lain-lain lagi. Tepung Magik juga boleh menjadi penawar bagi anak-anak yg tidak suka pada sayur kerana dengan menggunakan Tepung Magik untuk menggoreng sayur, ianya akan lebih lazat dan rangup.

 Ayam Goreng Magik

Ayam Goreng Magik

Udang Goreng Magik

Sotong Goreng Magik

Cendawan Goreng Magik

Bayam Goreng Magik

Tempe & Tahu Goreng Magik

Antara bahan-bahan yang boleh digoreng dengan Tepung Magik adalah:
  • Ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Cendawan
  • Tempe
  • Tahu
  • Bebola Ikan/Ayam/Daging 

Cara-cara masakan:
  • Basuhkan bahan masakan sehingga bersih.
  • Tuangkan Tepung Magik secukupnya dalam bekas seperti loyang atau pinggan.
  • Gaulkan atau golekkan bahan masakan dengan Tepung Magik sehingga rata keseluruhannya.
  • Gorengkan di minyak yang telah cukup panas sehingga masak berwarna kuning keemasan.
  • Menu Magik siap untuk dihidangkan.
  • Untuk hidangan sayur bayam, tahu dan tempe, tepung magik dicampurkan dengan sedikit air.
  • Celupkan dan gaulkan bahan masakan kedalam sebatian Tepung Magik dan air sehingga rata.
  • Gorengkan bahan masakan dan biarkan masak sehingga warna bertukar kuning keemasan.
Resepi yang di kongsikan di atas adalah salah satu cara masakan yang paling mudah dengan hanya menggunakan Tepung Magik. 

Bahan masakan tidak perlu lagi dicampurkan dengan bahan lain seperti serbuk kunyit, garam dan sebagainya, hanya dengan Tepung Magik sahaja hidangan tersedia hidang.

Jadi dapatkan segera Tepung Magik selagi stok masih ada.

Selepas ini kami akan tunjukkan pula resepi-resepi lain yang akan membuatkan anda menjadi sangat teruja untuk menggunakan Tepung Magik.

Selamat mencuba.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan