Selasa, 24 Disember 2013

RESEPI UDANG GORENG MAGIK CRACKER



UDANG GORENG MAGIK CRACKER

BAHAN-BAHAN

1.Tepung Magik              1 cawan
2.Telur                            2 biji
3.Susu Segar                   1 cawan              
4.Biskut Cracker             6 keping
5.Udang saiz M / L          400 gm
6.Minyak Masak              secukupnya

CARA-CARA MASAK

1.Tuangkan Tepung Magik kedalam bekas yang rata
2.Campur telur dan susu segar dan kacau sehingga sebati  
3.Hancurkan biskut cracker menjadi serpihan hancuran dan letakkan dalam bekas yang rata
4.Buang kulit udang dan biarkan ekornya.
5.Gaul dan golekkan udang di atas Tepung Magik sehingga rata keseluruhan.
6.Celupkan udang yang telah sebati dengan Tepung Magik dalam campuran telur dan susu.
7.Gaul dan golekkan sambil menekan udang tadi di atas serbuk biskut cracker sehingga rata keseluruhan.
8.Gorengkan dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak berwarna kuning kemasan.

9.Penyediaan Sos – Sediakan ½ cawan mayonis. Campurkan sedikit sos tomato sehingga bertukar warna merah jambu. Campurkan telur rebus yang telah dihancurkan dan sedikit air limau. Gaulkan sehingga rata dan campuran sos menjadi sebati bersama.  

Selamat mencuba, pastinya Tepung Magik tidak akan mengecewakan anda....

JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRA.

1 ulasan: