Isnin, 2 Disember 2013

Restoran Masakan Melayu Seremban


RESTORAN RAMIN adalah restoran masakan Melayu yang menyediakan juadah sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Pelbagai menu hidangan yang sentiasa segar dan panas juga disediakan seperti Ala-Carte masakan Melayu, masakan Thai, masakan laut, masakan barat dan masakan Cina.

Menu Set Lunch juga boleh didapati pada waktu makan tengahari seperti Nasi Ayam, Set Ayam Goreng Berempah dan Set Sup Daging. Kesemua menu disediakan oleh Chef yang berpengalaman yang sentiasa mengutamakan citarasa dan kepuasan pelanggan. 


Kalau anda penggemar lauk-pauk tradisional Negeri Sembilan seperti Keli Salai, Dagaing Salai dan Ayam Kampung Salai masak lemak cili api serta Sambal Tempoyak di Restoran Ramin adalah tempatnya.



Lokasi restoran terletak di tengah pusat bandar Seremban iaitu di dalam bangunan Hotel Carlton Star di aras bawah. Keselesaan pelanggan semasa menikmati juadah di restoran amat kami utamakan, kemudahan WIFI, berhawa dingin serta siaran audio visual ASTRO akan membuatkan anda akan datang kembali.

Slogan kami Panassss.... Lazatttt..... Hebatttt....... pastinya membuatkan anda semua teruja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan