Selasa, 24 Disember 2013

TEPUNG MAGIK SEREMBAN

Tepung Magik adalah produk keluaran bumiputra dan yang pastinya halalan toyiban. Diadun dan diformulasikan dengan pelbagai jenis  tepung serta rempah ratus yang terpilih dan yang pastinya tidak mengandungi bahan-bahan perasa tiruan dan bahan pengawet yang akan memudaratkan pengguna. Mutu dan kualiti produk adalah keutamaan kami dengan R & D selama 7 tahun maka terhasillah Tepung Magik serbaguna. Menampilkan kualiti pembungkusan yang sangat tinggi dan menarik supaya ianya menarik perhatian pengguna dan juga standardnya setara dengan produk-produk lain.  
 
Tepung Magik adalah produk serbaguna yang boleh digunakan untuk menggoreng pelbagai bahan masakan seperti, ayam, ikan, sotong, udang, ketam, tempe, tahu, bayam, kacang panjang, terung, keledek, ubi, sukun dan macam-macam lagi. Dengan menggunakan Tepung Magik masakan akan menjadi lebih mudah kerana Tepung Magik tersebut telah diformulasikan begitu lengkap dari segi rasanya. Ia diperbuat dari pelbagai jenis tepung dan rempah ratus. Maknanya untuk memasak bahan masakan tidak perlu lagi dicampurkan dengan bahan lain seperti kunyit, garam dan sebagainya.

Harga bagi Tepung Magik adalah RM8 sebungkus seberat 540 gm, dengan belian sebungkus anda boleh menyediakan pelbagai menu untuk santapan sekeluarga. 

Buat masa sekarang Tepung Magik boleh didapati secara online atau dari agen jualan. Produk ini masih belum lagi terdapat di pasaran hypermarket atau mana-mana kedai runcit. Justeru itu, kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadi usahawan Tepung Magik secara part time atau full time, penyertaan anda sangat-sangat digalakkan supaya pasarannya dapat diperluaskan.

Kepada yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan bolehlah hubungi terus 016-7713884, anda akan di terangkan secara terperinci bagaimana untuk menjadi usahawan dan latihan akan diberi supaya anda akan lebih fokus dan dapat mengenalpasti sasaran pasaran. 

Marilah sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan kita dengan menjadi usahawan Tepung Magik supaya kita menjadi yang lebih baik dan dapat menambah pendapatan walaupun melakukannya secara sambilan. 

Ingatlah bahawa orang yang mencipta peluang untuk kesenangan orang lain adalah orang yang sangat mulia, tetapi sekiranya kita tidak mampu untuk mencipta peluang, maka sekurang-kurangnya jika kita dapat merebut peluang yang ada untuk melakukan sesuatu perubahan kearah yang lebih baik maka kita sekurang-kurangnya adalah insan yang cemerlang dan berani untuk menyahut cabaran untuk masa depan yang lebih baik.

Pastinya Tepung Magik tidak akan mengecewakan anda!!!!! 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan