Selasa, 24 Disember 2013

RESEPI UDANG GORENG MAGIK CRACKER



UDANG GORENG MAGIK CRACKER

BAHAN-BAHAN

1.Tepung Magik              1 cawan
2.Telur                            2 biji
3.Susu Segar                   1 cawan              
4.Biskut Cracker             6 keping
5.Udang saiz M / L          400 gm
6.Minyak Masak              secukupnya

CARA-CARA MASAK

1.Tuangkan Tepung Magik kedalam bekas yang rata
2.Campur telur dan susu segar dan kacau sehingga sebati  
3.Hancurkan biskut cracker menjadi serpihan hancuran dan letakkan dalam bekas yang rata
4.Buang kulit udang dan biarkan ekornya.
5.Gaul dan golekkan udang di atas Tepung Magik sehingga rata keseluruhan.
6.Celupkan udang yang telah sebati dengan Tepung Magik dalam campuran telur dan susu.
7.Gaul dan golekkan sambil menekan udang tadi di atas serbuk biskut cracker sehingga rata keseluruhan.
8.Gorengkan dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak berwarna kuning kemasan.

9.Penyediaan Sos – Sediakan ½ cawan mayonis. Campurkan sedikit sos tomato sehingga bertukar warna merah jambu. Campurkan telur rebus yang telah dihancurkan dan sedikit air limau. Gaulkan sehingga rata dan campuran sos menjadi sebati bersama.  

Selamat mencuba, pastinya Tepung Magik tidak akan mengecewakan anda....

JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRA.

TEPUNG MAGIK SEREMBAN

Tepung Magik adalah produk keluaran bumiputra dan yang pastinya halalan toyiban. Diadun dan diformulasikan dengan pelbagai jenis  tepung serta rempah ratus yang terpilih dan yang pastinya tidak mengandungi bahan-bahan perasa tiruan dan bahan pengawet yang akan memudaratkan pengguna. Mutu dan kualiti produk adalah keutamaan kami dengan R & D selama 7 tahun maka terhasillah Tepung Magik serbaguna. Menampilkan kualiti pembungkusan yang sangat tinggi dan menarik supaya ianya menarik perhatian pengguna dan juga standardnya setara dengan produk-produk lain.  
 
Tepung Magik adalah produk serbaguna yang boleh digunakan untuk menggoreng pelbagai bahan masakan seperti, ayam, ikan, sotong, udang, ketam, tempe, tahu, bayam, kacang panjang, terung, keledek, ubi, sukun dan macam-macam lagi. Dengan menggunakan Tepung Magik masakan akan menjadi lebih mudah kerana Tepung Magik tersebut telah diformulasikan begitu lengkap dari segi rasanya. Ia diperbuat dari pelbagai jenis tepung dan rempah ratus. Maknanya untuk memasak bahan masakan tidak perlu lagi dicampurkan dengan bahan lain seperti kunyit, garam dan sebagainya.

Harga bagi Tepung Magik adalah RM8 sebungkus seberat 540 gm, dengan belian sebungkus anda boleh menyediakan pelbagai menu untuk santapan sekeluarga. 

Buat masa sekarang Tepung Magik boleh didapati secara online atau dari agen jualan. Produk ini masih belum lagi terdapat di pasaran hypermarket atau mana-mana kedai runcit. Justeru itu, kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadi usahawan Tepung Magik secara part time atau full time, penyertaan anda sangat-sangat digalakkan supaya pasarannya dapat diperluaskan.

Kepada yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan bolehlah hubungi terus 016-7713884, anda akan di terangkan secara terperinci bagaimana untuk menjadi usahawan dan latihan akan diberi supaya anda akan lebih fokus dan dapat mengenalpasti sasaran pasaran. 

Marilah sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan kita dengan menjadi usahawan Tepung Magik supaya kita menjadi yang lebih baik dan dapat menambah pendapatan walaupun melakukannya secara sambilan. 

Ingatlah bahawa orang yang mencipta peluang untuk kesenangan orang lain adalah orang yang sangat mulia, tetapi sekiranya kita tidak mampu untuk mencipta peluang, maka sekurang-kurangnya jika kita dapat merebut peluang yang ada untuk melakukan sesuatu perubahan kearah yang lebih baik maka kita sekurang-kurangnya adalah insan yang cemerlang dan berani untuk menyahut cabaran untuk masa depan yang lebih baik.

Pastinya Tepung Magik tidak akan mengecewakan anda!!!!! 




Ahad, 22 Disember 2013

RESEPI HIDANGAN TEPUNG MAGIK


Tepung Magik masakan menjadi sangat mudah dan hidangan dapat disediakan dengan cepat. Pelbagai resepi dan menu masakan boleh disediakan seperti ayam, udang, ikan, sotong, cendawan, kentang, bayam, dan lain-lain lagi. Tepung Magik juga boleh menjadi penawar bagi anak-anak yg tidak suka pada sayur kerana dengan menggunakan Tepung Magik untuk menggoreng sayur, ianya akan lebih lazat dan rangup.

 Ayam Goreng Magik

Ayam Goreng Magik

Udang Goreng Magik

Sotong Goreng Magik

Cendawan Goreng Magik

Bayam Goreng Magik

Tempe & Tahu Goreng Magik

Antara bahan-bahan yang boleh digoreng dengan Tepung Magik adalah:
  • Ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Cendawan
  • Tempe
  • Tahu
  • Bebola Ikan/Ayam/Daging 

Cara-cara masakan:
  • Basuhkan bahan masakan sehingga bersih.
  • Tuangkan Tepung Magik secukupnya dalam bekas seperti loyang atau pinggan.
  • Gaulkan atau golekkan bahan masakan dengan Tepung Magik sehingga rata keseluruhannya.
  • Gorengkan di minyak yang telah cukup panas sehingga masak berwarna kuning keemasan.
  • Menu Magik siap untuk dihidangkan.
  • Untuk hidangan sayur bayam, tahu dan tempe, tepung magik dicampurkan dengan sedikit air.
  • Celupkan dan gaulkan bahan masakan kedalam sebatian Tepung Magik dan air sehingga rata.
  • Gorengkan bahan masakan dan biarkan masak sehingga warna bertukar kuning keemasan.
Resepi yang di kongsikan di atas adalah salah satu cara masakan yang paling mudah dengan hanya menggunakan Tepung Magik. 

Bahan masakan tidak perlu lagi dicampurkan dengan bahan lain seperti serbuk kunyit, garam dan sebagainya, hanya dengan Tepung Magik sahaja hidangan tersedia hidang.

Jadi dapatkan segera Tepung Magik selagi stok masih ada.

Selepas ini kami akan tunjukkan pula resepi-resepi lain yang akan membuatkan anda menjadi sangat teruja untuk menggunakan Tepung Magik.

Selamat mencuba.....


Ahad, 8 Disember 2013

TEPUNG MAGIK - TEPUNG GORENG SERBAGUNA

Tepung Magik adalah produk keluaran bumiputra dan yang pastinya halalan toyiban. Diadun dan diformulasikan dengan pelbagai jenis  tepung serta rempah ratus yang terpilih dan yang pastinya tidak mengandungi bahan-bahan perasa tiruan dan bahan pengawet yang akan memudaratkan pengguna. Mutu dan kualiti produk adalah keutamaan kami dengan R & D selama 7 tahun maka terhasillah Tepung Magik serbaguna. Menampilkan kualiti pembungkusan yang sangat tinggi dan menarik supaya ianya menarik perhatian pengguna dan juga standardnya setara dengan produk-produk lain.  
 
Tepung Magik adalah produk serbaguna yang boleh digunakan untuk menggoreng pelbagai bahan masakan seperti, ayam, ikan, sotong, udang, ketam, tempe, tahu, bayam, kacang panjang, terung, keledek, ubi, sukun dan macam-macam lagi. Dengan menggunakan Tepung Magik masakan akan menjadi lebih mudah kerana Tepung Magik tersebut telah diformulasikan begitu lengkap dari segi rasanya. Ia diperbuat dari pelbagai jenis tepung dan rempah ratus. Maknanya untuk memasak bahan masakan tidak perlu lagi dicampurkan dengan bahan lain seperti kunyit, garam dan sebagainya.

Harga bagi Tepung Magik adalah RM8 sebungkus seberat 540 gm, dengan belian sebungkus anda boleh menyediakan pelbagai menu untuk santapan sekeluarga. 

Buat masa sekarang Tepung Magik boleh didapati secara online atau dari agen jualan. Produk ini masih belum lagi terdapat di pasaran hypermarket atau mana-mana kedai runcit. Justeru itu, kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadi usahawan Tepung Magik secara part time atau full time, penyertaan anda sangat-sangat digalakkan supaya pasarannya dapat diperluaskan.

Kepada yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan bolehlah hubungi terus 016-7713884, anda akan di terangkan secara terperinci bagaimana untuk menjadi usahawan dan latihan akan diberi supaya anda akan lebih fokus dan dapat mengenalpasti sasaran pasaran. 

Marilah sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan kita dengan menjadi usahawan Tepung Magik supaya kita menjadi yang lebih baik dan dapat menambah pendapatan walaupun melakukannya secara sambilan. 

Ingatlah bahawa orang yang mencipta peluang untuk kesenangan orang lain adalah orang yang sangat mulia, tetapi sekiranya kita tidak mampu untuk mencipta peluang, maka sekurang-kurangnya jika kita dapat merebut peluang yang ada untuk melakukan sesuatu perubahan kearah yang lebih baik maka kita sekurang-kurangnya adalah insan yang cemerlang dan berani untuk menyahut cabaran untuk masa depan yang lebih baik.

Pastinya Tepung Magik tidak akan mengecewakan anda 




Isnin, 2 Disember 2013

Restoran Masakan Melayu Seremban


RESTORAN RAMIN adalah restoran masakan Melayu yang menyediakan juadah sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Pelbagai menu hidangan yang sentiasa segar dan panas juga disediakan seperti Ala-Carte masakan Melayu, masakan Thai, masakan laut, masakan barat dan masakan Cina.

Menu Set Lunch juga boleh didapati pada waktu makan tengahari seperti Nasi Ayam, Set Ayam Goreng Berempah dan Set Sup Daging. Kesemua menu disediakan oleh Chef yang berpengalaman yang sentiasa mengutamakan citarasa dan kepuasan pelanggan. 


Kalau anda penggemar lauk-pauk tradisional Negeri Sembilan seperti Keli Salai, Dagaing Salai dan Ayam Kampung Salai masak lemak cili api serta Sambal Tempoyak di Restoran Ramin adalah tempatnya.



Lokasi restoran terletak di tengah pusat bandar Seremban iaitu di dalam bangunan Hotel Carlton Star di aras bawah. Keselesaan pelanggan semasa menikmati juadah di restoran amat kami utamakan, kemudahan WIFI, berhawa dingin serta siaran audio visual ASTRO akan membuatkan anda akan datang kembali.

Slogan kami Panassss.... Lazatttt..... Hebatttt....... pastinya membuatkan anda semua teruja.

Ahad, 1 Disember 2013

MENU MAGIK

Menu Magik ..... apa yang magiknya, jom kita sama tengok apa yang dimaksudkan menu magik. So sahabat semua boleh tengok je la.....




Gambar di atas adalah menu ayam goreng, tapi mesti ada yang special hingga di namakan Ayam Goreng Magik. 1st time mencuba memang tak disangka, pantang display, customer terus ambil. Al-maklum barang masih panazzzzz. Memang sambutan amat diluar dugaan, ada yang kata lebih sedap dari KFC. Customer kata bukan saya ok..... So the next menu apa lagi ya, ok chef pun try udang & sotong. Jom kita layan udang & sotong pulak.....






Memang terbaik beb...... Try makan panazzz2 lepas digoreng & layan dengan sos ..... susah nak di storykan beb, sendiri kena try lah. Aromanya..... kerangupannya..... dan rasa rempahnya memang superb.

So macammana beb ada brannn..... kalau teringin datang la ke Restoran Ramin. Kalau dah makan dan teringin nak buat sendiri kat rumah tak de masalah, di Ramin sahabat boleh dapatkan kaedah yang paling mudah untuk menyediakan menu magik ni. Sebenarnya banyak lagi menu magik yang terdapat dalam perancangan kami, insyallah akan diusahakan. Nantikan......

Sayonara, jazakallahu khairan kasira..... wasallam.

Ahad, 24 November 2013

AMALAN-AMALAN MULIA YANG AKAN MEMBUKA PINTU REZEKI


20 AMALAN MULIA YANG AKAN MEMBUKA PINTU REZEKI!!

“AL – FATIHAH”
Sebelum memulaka 20 amalan mulia yang akan diterangkan ini, kita seharusnya membaca Surah Al-Fatihah,
Dan setelah selesai membacanya,
Niatkan seperti di bawah:

Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…
  • aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapak) ku,
  • aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diriku,
  • aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku,
  • aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (datuk & nenek) ku,
  • aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (isteri/suami, anak, saudara kandung) ku,
  • aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang telah mati),
  • aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,
  • berkatilah hidup mereka semuanya,
  • dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami di sana,
  • payungilah kami dengan Rahmatmu kepada kami dari dunia sampai ke syurga,
  • dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga-Mu,
  • temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga-Mu Ya Allah,
  • aku telah bermohon pada-Mu Tuhan SEMESTA ALAM,
  • makbulkan doaku ini,
  • jika tidak di dunia Engkau zahirkan, maka makbulkanlah di akhirat nanti,

SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.

20 Amalan Mulia Pasti Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 1.
Selalu Menyempatkan diri beribadah.
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Amalan 2.
Memperbanyak istighfar.
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang  pada hamba-Nya, lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan dari hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah S.W.T  akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.)

Amalan 3.
Meninggalkan perbuatan dosa.
Istighfar tidak diterima di sisi Allah jika masih saja berbuat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah,
Namun juga akan menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki karena dosa yang diperbuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)
Antara perbuatan dosa yang sehari-hari kita lakukan:
  • Memandang aurat manusia
  • Mengumpat secara berlebihan (termasuk juga melalui media internet)
  • Berburuk sangka
  • Memandang rendah keadaan orang lain
  • Merasa diri lebih baik dan utama
  • Buang sampah sembarangan atau keluar dari kenderaan
  • Juga perkara-perkara yang tidak baik yang boleh mendatangkan dosa


Amalan 4.
Sentiasa ingat kepada Allah.
Banyak mengingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman (iaitu Islam).
Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat
Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingat  Allah hati menjadi tenteram.”
(Al Quran, Surah Ar-Ra’d, Ayat 28)
Antara amalan mengingat Allah yang bisa kita lakukan:
  • Sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak semestinya gerakkan mulut)
  • Banyakkan bersyukur setiap jam (dengan cara anda masing-masing)
  • Mulakan setiap perkara/aktiviti dengan Bismillah (kalau anda mampu)
  • Juga apa saja perbuatan baik asalkan fikiran kita sentiasa mempunyai connection dengan Allah tanpa terjadinya disconnect dengan Allah.


Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa:-
Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapaknya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapaknya, maka kebahagiaanlah buatnya, dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapak juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. “
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

 Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.
Berbuat baik kepada orang yang lemah, termasuk juga menggembirakan dan membahagia orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.,
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki, melainkan karena orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Riwayat Bukhari)

Amalan 7.
Tunaikan atau penuhi  keperluan orang lain.
Menunaikan atau memenuhi keperluan atau keinginan orang lain, menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam bentuk yakni terpenuhinya hajat atau keinginan kita sendiri,
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.,
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)

 Amalan 8.
Banyak berselawat.
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, selawat itu juga dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki, selawat juga dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a’lam.

Amalan 9.
Buat kebajikan sebanyak-banyaknya.
Ibnu Abbas berkata,
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pun bisa menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. “

Amalan 10.
Memulakan aktiviti harian seawal pagi.
 Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,
Memulakan aktiviti harian seawal pagi (memulakan aktiviti harian sebaiknya selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

Amalan 11.
Menjalin silaturrahim
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. “
(Riwayat Bukhari)

Amalan 12.
Membiasakan selalu dalam keadaan berwudhu’
Seorang Arab badwi menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk minta dimurahkan rezeki,
Nabi Muhammad s.a.w. pun bersabda,
“Senantiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan dari Sayyidina Khalid al-Walid)

Amalan 13.
Bersedekah.
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam,
"Hai Zubair, ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang mengurangkan, nescaya Allah akan mengurangkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Amalan 14.
Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud)
Hadis menunjukkan bahwa amalan solat tahajjud memudahkan manusia untuk memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan oleh Allah .

Amalan 15.
Membiasakan Solat Dhuha
Waktu Solat Dhuha
  • adalah 28 minit selepas waktu syuruk
  • waktu syuruk adalah waktu terbit matahari
  • waktu maksimum Dhuha ketika kurang lebih 15 minit sebelum masuk waktu dzuhur

Solat Dhuha lazimnya dilakukan disaat manusia sibuk dengan urusan dunia.
Amalan ini mempunyai rahasia tersendiri yang Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi,
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah.
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah berfirman,
“Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)
Allah berfirman lagi,
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)

Amalan 17.
Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu.
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma’ul Husna (99 Nama Allah)
selain dapat menenangkan hati manusia,
malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati,
amalan berzikir mengandungi fadilat khusus untuk
  • keluasan ilmu
  • terbukanya pintu hidayah,
  • dimudahkan untuk memahami agama,
  • diberi kemanisan iman
  • dan dilapangkan rezeki.

Misalnya,
2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara rutin 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan bisa menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, Al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibaca selalu;
misalnya dibaca
“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa:
“Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan pengampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada juga hadis menyebut,
siapa amalkan baca Surah al-Waqi’ah setiap malam,
dia tidak akan ditimpa kefakiran & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.
Wallahu a’lam.

Amalan 18.
Berdoa.
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.
Dalam Al-Quran,
Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
nescaya Dia akan kabulkan.
Nota:
- tanggungjawab manusia untuk selalu berdoa kepada Allah (jangan berhenti dari amalan ini )
- kehendak Allah untuk memakbulkan apa saja permintaan manusia
- gabungkan formula doa ini dan berdoa di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)
Inilah buktinya…
Allah berfirman lagi:
“…dan tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu…”
(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )

Amalan 19.
Berikhtiar setelahnya.
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Ini sunnatullah.
Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang Islam yang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang bisa membawa kepada murah rezeki dalam ruang lingkup yang lebih luas.
Misalnya,
Agar tenang saat membaca Al-Quran, hendak dapat anak yang baik sehingga dididiknya sejak anak dalam kandungan, hendak sehat maka dijaganya konsumsinya dan memakan makanan yang baik dan halal,
hendak dapat tetangga yang baik maka dia sendiri mesti berusaha jadi baik,
hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik terlebih dulu,
hendak rezekinya  berkat maka dijauhinya dari sumber yang haram,
dan sebagainya.

Amalan 20.
Bertawakkal.
Dengan tawakal, seseorang itu akan dikaruniakan rasa kaya oleh Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)”
(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
niscaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pada waktu pagi hari lapar namun petang hari ia telah kenyang.”
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua 20 amalan mulia yang telah disebutkan diatas, adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah akan memberi,
“jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya,
kuncinya adalah berbuat amalan-amalan ketakwaan.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Selamat Beribadah dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah,
dan mohonlah pada Allah, supaya kita semua dapat berjumpa dialam SYURGA, bersama-sama kita semuanya kekal di sana,………..