Ahad, 27 Oktober 2013

Ketam Oh Ketam

Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus!!!! pepatah Melayu yang sering digunakan dalam kehidupan seharian manusia. Analoginya cukup mudah ... ia ibarat si ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ... sedangkan dia sendiri ke kiri ke kanan sewaktu berjalan. Begitulah uniknya ciptaan Allah kerana ia satu-satunya makhluk Allah yang ditakdirkan tidak berjalan lurus kehadapan. Walau pun begitu namun ia punya keistimewaannya tersendiri. Dagingnya sangat  enak apabila dimasak dengan berbagai resepi.

Kelazatan isi ketam yang tak terhingga membuatkan kami menyediakan dua menu baru iaitu ... Nasi Goreng Ketam dan Tom Yam Ketam. Ketam Bunga adalah pilihan kami kerana mudah didapati di pasaran dan harganya pun sederhana. Harga bagi sepinggan Nasi Goreng Ketam RM 7 dan Tom Yam Ketam RM 7, alhamdullilah sambutan dari pelanggan amat baik dan menggalakan.
 

 


















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan