RESTORAN RAMIN mula beroperasi pada 15
Januari 2013 di Carlton Star Hotel. Lokasinya yang strategik di tengah pusat
bandar Seremban serta berhampiran dengan Terminal 1 sangat mudah untuk
dikunjungi oleh semua. Menampilkan suasana hiasan yang sederhana, mempunyai
ruang makan yang besar dan selesa.
Menghidangkan pelbagai menu masakan Melayu
seperti daging salai masak lemak cili api, ikan salai masak lemak cili api,
sambal tempoyak, dan pelbagai lagi hidangan lauk pauk tradisional Negeri
Sembilan yang pasti akan memikat para pengunjung untuk merasainya. Selain itu
disediakan juga masakan Barat (Western Food) dan menu Ala Carte untuk memenuhi citarasa tetamu
hotel dan pengunjung restoran.
Menyediakan kemudahan Internet dan juga
siaran tv Astro pasti akan memenuhi kehendak pengunjung yang sentiasa ingin
dekat dengan informasi tanpa sempadan serta hiburan ringan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan