Selasa, 22 Oktober 2013

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri!!!!

Al-kisah Si Ikan Siakap menjadi bidalan dahulu kala...... yang akan dititipkan ini mengisahkan pilihan selera pelanggan Restoran Ramin untuk menu makan malam. Sejak Restoran Ramin beroperasi sehingga jam 10 mlm secara rasminya, (tapi kadangkala terlajak hingga 12 mlm nak buat macam mana tunggu customer habis makan) ...... kami dapati order yang diterima bagi kategori lauk kebanyakkannya adalah menu ikan seperti Siakap, Bawal & Tilapia berbanding lauk ayam (kecualikalau Grill Chicken Chop).

Mungkin masakan lauk Ikan akan lebih menaikkan selera untuk waktu dinner,,,,, paling banyak order yang diterima adalah SIAKAP 3 RASA, kemudian barulah Bawal 3 Rasa, Bawal Masak Kicap, Siakap Masam Manis, dan sebagainya. Selain itu, order lain yang pernah diterima adalah Siakap Stim seperti Stim Lemon, Stim Touchu, Stim Asam Pedas dan Stim Halia....... yang popular biasanya Stim Lemon, mungkin citarasa pelanggan cenderung kearah perisa asam limau, sebabnya apa? Tepuk dada tanyalah selera.......

Tapi yang paling best pantun 2 kerat
"Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Jadi Pencuri"

Tapi rupanya ada banyak lagi pantun 2 kerat pasal Si Ikan Siakap .......

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Siapa Curi Dokong Lama-Lama Kena Gari
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Siapa Tinggi Hidung Nanti Kena Langgar Lari
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Jangan Jalan Menonong Nanti Tersadung Patah Gigi
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Mula-Mula Buka Warung Lama-Lama Buka Industri
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Jangan Suka Kelentong Nanti Makan Diri
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Pandu Ikut Terowang Rupanya Jalan Mati
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Lain Kali Jangan Melopong Papan Tanda Kena Perhati
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Besarnya Lubang Hidung Tengok Memalam Boleh Lari












Tiada ulasan:

Catat Ulasan