Ahad, 3 November 2013

Dessert/Pencuci Mulut

Pencuci mulut (makanan) adalah makanan ringan seperti manisan dan lain-lain yang dimakan selepas selesai jamuan atau hidangan.

Di Restoran Ramin, dessert yang disediakan seperti buah-buahan tempatan, dadih, kueh mueh manis dan puding. Diantara dessert yang paling digemari pelanggan kami adalah Puding Triffle.

Puding Triffle terdiri dari 3 lapisan bahan manisan, iaitu lapisan pertama (bawah sekali) adalah lapisan kek (boleh gunakan swissroll cake), lapisan kedua adalah puding lapisan kastard dan lapisan ketiga (yang paling atas) adalah lapisan jelly yang boleh dicampurkan dengan buah-buahan seperti kiwi, anggur dan buah coacktail.

Dessert ini juga sesuai untuk majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan pelbagai jenis jamuan dan kami juga menerima tempahan dari pelanggan-pelanggan dengan kadar harga yang berpatutan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan