Rabu, 20 November 2013

BRAYANI RAMIN


Nasi Brayani @ Briyani @ Biryani




Nama Biryani atau Brayani atau Briyani berasal dari perkataan Parsi beryan yang bermaksud goreng atau panggang". Biryani berasal dari Iran (atau dahulu dinamakan Parsi). Biryani popular bukan sahaja di Asia Selatan, tetapi juga di negara-negara Arab. Di negara barat seperti di Eropah Biryani mudah didapati di restoran-restoran yang diusahakan rakyat Pakistan, India dan juga dari negara Arab. Resepi Biryani telah diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab melalui Singapura.


Biryani dipercayai dicipta di dapur Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular di Asia Tenggara, India dan Pakistan seperti daerah Kolkata, Hyderabad, Malabar, Delhi, Agra, Dhaka, Kashmir, Karachi, Lucknow dan Lahore, yang merupakan pusat masakan Biryani.




Bahan-bahan dan rempah ratus yang digunakan dalam masakan Biryani seperti beras basmathi, susu cair dan pekat, rempah biryani, minyak sapi, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, tomato, jintan putih, daun ketumbar, daun pudina, daun sup, daun bawang, kismis, gajus, bawang goreng, garam dan minyak masak.


Menggunakan Beras Faiza Basmathi Moghul Parboiled..... Memang Terbaik Berasnya Panjang & Lembut

Selain Nasi Biryani biasa terdapat juga Nasi Biryani Gam, juga dinamakan Nasi Biryani Dam atau Dum. Nasi Biryani Gam di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras. Hasilnya, nasi boiryani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan 'manis' daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Singapura, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka terciptalah Beriani Gam Johor



Pada masa sekarang, Nasi Biryani atau Nasi Biryani Gam mendapat tempat di Malaysia sebagai makanan istimewa untuk keluarga ataupun untuk keraian seperti majlis perkahwinan, majlis keraian atau majlis kenduri-kendara.

Daging Masak Kurma
Ayam Masak Briyani


Penyediaan hidangan Biryani mestilah dibuat oleh tukang masak yang berkemahiran tinggi kerana kenakan rasanya tergantung kepada keseimbangan rasa rempah ratusnya dan juga lemak manis. Nasi Biryani yang sedap mestilah menggunakan beras yang panjang dan dengan teknik masakan yang betul nasi Biryani akan  lembut dan aromanya mestilah lemak manis. Nasi Biryani juga di masak bersekali dengan lauknya, yang paling utama lauknya mestilah penuh dengan rasa rempah beriani yang memukau dan daging yang lembut.

Dalca


Jelata


Acar Buah

Di Restoran Ramin kami juga menerima tempahan Nasi Briyani untuk jamuan pelbagai majlis dengan kadar harga yang amat berpatutan. Kadar harga juga berdasarkan jenis menu dan jenis beras yang diminta oleh pelanggan kami.

Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi Restoran Ramin 019-2506465.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan