Rabu, 30 Oktober 2013

PERNIAGAAN SATU IBADAH






 
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%) rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)


Perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.

Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:

"Sesuatu itu menjadi wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya."

Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:
Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dan lain-lain.


Perniagaan juga adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam al-Quran, salah satu istilah yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal soleh demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).” (Surah Faathir, ayat 29-30)

 
Oleh itu dari pengertian di atas bahawa berniaga itu bukanlah semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan itu tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian. Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan dan memperluaskan aktiviti syariat maka dengan tujuan perniagaan itu sebagai satu ibadah Insyallah akan dikurniakan ganjaran pahala yang besar. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Allah dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

 wallahu'alam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan