RESTORAN RAMIN mula beroperasi pada 15 Januari 2013 di Carlton Star Hotel. Lokasinya yang strategik di tengah pusat bandar Seremban serta berhampiran dengan Terminal 1 sangat mudah untuk dikunjungi oleh semua. Menampilkan suasana hiasan yang sederhana, mempunyai ruang makan yang besar dan selesa.
Menghidangkan pelbagai menu masakan Melayu seperti daging salai masak lemak cili api, ikan salai masak lemak cili api, sambal tempoyak, dan pelbagai lagi hidangan lauk pauk tradisional Negeri Sembilan yang pasti akan memikat para pengunjung untuk merasainya. Selain itu disediakan juga masakan Barat (Western Food) dan menu Ala Carte untuk memenuhi citarasa tetamu hotel dan pengunjung restoran.
Menyediakan kemudahan Internet dan juga siaran tv Astro pasti akan memenuhi kehendak pengunjung yang sentiasa ingin dekat dengan informasi tanpa sempadan serta hiburan ringan. Bagi mereka yang berkenderaan, kemudahan parkir yang luas tersedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan