Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%) rezeki itu
adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:
"Sesuatu itu menjadi wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya."
Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut:
Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama
Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan,
menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dan lain-lain.
Perniagaan juga adalah antara
tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan
dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Allah memberikan rahmat-Nya pada
setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu
kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).
Di dalam al-Quran, salah satu istilah yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal soleh demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud:
Di dalam al-Quran, salah satu istilah yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal soleh demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang
selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari
apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara
terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis
perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan
pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang
yang bersyukur kepada-Nya).” (Surah Faathir, ayat 29-30)
Oleh itu dari pengertian di atas bahawa berniaga itu bukanlah semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan
itu tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering
juga kita menghadapi kerugian. Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya
ialah untuk memperbesarkan dan memperluaskan aktiviti syariat maka dengan
tujuan perniagaan itu sebagai satu ibadah Insyallah akan dikurniakan ganjaran
pahala yang besar. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari
keredhaan Allah dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.