"HIJRAH ITU PENGORBANAN,
HIJRAH ITU PERJUANGAN, HIJRAH ITU PERSAUDARAAN, HIJRAH MEMBENTUK
PERPADUAN"
Sebaris lirik yang
tidak asing lagi bagi kita setiap kali menjelangnya tahun baru Hijrah.
MAAL bermaksud "bersama".
MAAL HIJRAH, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".
HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah ATAU transformasi dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
MAAL HIJRAH, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".
HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah ATAU transformasi dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
Tahun ini genaplah 1435 tahun
hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah al-Mukarramah ke kota Madinah
al-Munawwarah.
Peristiwa hijrah ini merupakan
hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat semua umat Allah yang
menumpang di muka bumiNya.
Kita seharusnya mengambil intipitati yang tersirat di sebalik peristiwa
besar dalam sejarah Tamadun Islam ini sebagai pedoman dalam proses membina
peribadi mukmin yang sejati. Jika sebelum ini kita mungkin merasakan diri ini
penuh dengan sifat-sifat mazmumah, maka sempena tahun baru hijrah kali ini
jadikan tahun ini sebagai titik mula kepada perubahan ke arah kebaikan.
Sememangnya dalam proses untuk menjadi lebih baik pastinya ujian akan
menghampiri. Firman Allah;
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
sahaja mengatakan; "Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta. -(Surah Al-Ankabut, ayat 2 & 3)
Oleh itu, bergembiralah wahai teman tatkala diri ini diuji. Sesungguhnya
ujian Allah itu adalah tanda kasihNya kepada hambanya. Apa yang perlu kita
lakukan adalah redha dengan ujianNya,
bersabar, istiqamah dalam melakukan perubahan, dan bertawakkallah setelah
berusaha. Kesemua tindakan ini haruslah disinergikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah ta'ala.
Inilah antara ramuan yang diperlukan dalam proses penghijrahan diri ke arah
yang lebih baik. Insyaallah, moga Allah permudahkan urusan kita di dunia dalam
menegakkan kalimahNya dan juga di akhirat dalam mengahrapkan rahmatNya yang
agung.
"Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa
bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia
bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka
hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambah
pulalah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.” - (Hadis Riwayat Ahmad)
BULAN MUHARAM
Muharram
(محرّم) adalah bulan
pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah).
Bila tiba
bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1
Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.
Permulaan
kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah
dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditandakan
sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam.
Tetapi, peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar.
Tetapi, peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar.
Pada
asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT
melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan
ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas
dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah
s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah
s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah
s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di
kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya
Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan
bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di
sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia
dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
Antara Peristiwa-Peristiwa Penting Islam
Di Bulan Muharram:
Pada 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
Pada 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
Pada 10 Muharram – Dinamakan juga hari
“Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan
kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan
kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku 20 peristiwa penting, iaitu,
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan